• Home
  • MyTube
  • JomPancing
  • KeyvansArt
  • 5 tips bagaimana untuk menarik pasangan idaman Anda

    2011-02-08


    1. Hati Anda kena dibersihkan selalu. Lakukannya dengan selalu beristighfar, zikir dan kawal ego dalam diri Anda. Bila bercakap, latih diri untuk bercakap dengan JUJUR.

    2. Sirami hati dengan cinta, pandang cinta dari sudut positif. Elak mengatakan cinta ni penuh derita. Cinta akan menjadi apa yang Anda anggap padanya. Jika Anda anggap cinta tu menyusahkan, menyesakkan jiwa dan hanya akan memberi derita, itulah yang akan jadi. Jika Anda anggap cinta tu membahagiakan Anda, membuat Anda bersemangat, itulah yang akan jadi.

    3. Kagumi orang yang sedang hangat bercinta. Doakan mereka, doakan kesejahteraan hidup mereka. Anda akan merasa bersemangat untuk mencari cinta supaya Anda hidup bahagia seperti mereka. Apa yang kita lihat, alami dan perhati, kita akan terdorong untuk melakukan perkara yang sama.

    Anda, jika Anda sedang bercinta dengan seseorang pada hari ini, sekarang ini, saya doakan moga Anda berbahagia hendaknya. Ini bukan doa main-main atau doa yang dibuat-buat, bahkan saya selalu mendoakan Anda walaupun saya tak tulis kat dalam blog ni. Seorana kawan yang baik adalah kawan yang selalu mendoakan kawannya. Saya melatih diri melakukan perkara tu.

    4. Jujur, pamerkan diri Anda seadanya. Bagi lelaki, jika duit Anda cuma sedikit dan kerja Anda tak sehebat mana, jujurlah pada pasangan Anda. Jangan berlagak kaya dan berlagak menjadi lelaki berjaya. Andai kata Anda baru dapat kerja, katakan begitu bukan berkata Anda seorang pegawai bergaji besar simply kerana Anda nak gadis tu tertarik ngan Anda.

    Material hanya akan dapat menarik hati seorang gadis untuk sementara.

    Tapi, sinaran hati dapat menarik perhatian seorang gadis dalam masa yang lama hingga gadis tu tak cukup tidur hanya kerana teringatkan Anda. Dari pengalaman sendiri, saya mengakui hal ni.

    Jika sinaran hati Anda masuk ke dalam hatinya, dia akan sanggup membuat apa saja untuk membuat Anda selalu ada disampingnya. Contoh? Dia akan sanggup meng’sponsor’ kredit prepaid nombor telefon Anda hingga mencapai jumlah RM70 sehari. Tak percaya Itulah yang terjadi pada saya.

    Seorang lelaki yang sederhana, yang selalu tak cukup duit tapi jujur itu lebih baik dari lelaki kaya tapi selalu berbohong hingga berdusta-dusta.

    5. Visualisasikan rupanya, ciri-ciri peribadi idaman Anda. Kita mungkin takkan tahu rupa sebenar si dia. Tapi kita boleh pilih rupa cemana yang kita mahu. Bayangakan selalu rupa pasangan idaman Anda. Bayangkan warna anak matanya, bentuk keningnya, bentuk bibirnya, bentuk mukanya, gaya senyumannya, bunyi getaran suaranya, rasai aura dirinya seolah-olah dia ada disebelah Anda, sentiasa mendampingi Anda.

    Bayangkan sekerap mungkin, selama mungkin. Tanya diri Anda, apa perasaan Anda ketika Anda membayangkan semua tu?

    Jika Anda hepi, itu maknya Anda sedang mengeluarkan gelombang emosi positif yang akan menarik gelombang serupa dikeluarkan oleh gadis-gadis disekeliling Anda. Seseoranng yang mencari akan berjumpa dengan seseorang lain yang turut mencari secara kebetulan. Likes attract likes!.

    Jika Anda ragu-ragu, itu maknya Anda sedang mengeluarkan gelombang emosi negatif. Ini bahaya. Untuk mengatasinya, fikir apa dia ciri-ciri idaman yang Anda mahu ada, kemudian tulis di atas kertas. Selepas tu, baca banyak kali lalau bayangkan. Langkah seterusnya, bayangkan sekerap mungkin. Teknik ni melatih minda Anda untuk menarik orang yang ada ciri-ciri tu.

    0 comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...