• Home
  • MyTube
  • JomPancing
  • KeyvansArt
  • Bintang 3

    2011-02-19

    Bila tengok gambar-gambar ni rindu pula zaman bintang 3 dulu. time ni saya belajar di johor. di johor saya ada geng-geng kaki pancing nama geng ni bintang 3. saya pun tidak tahu macam mana nama ni boleh wujud hahahaha. dulu di mana ada port pancing di sana kami ada. tidak kira lah kawasan tu tidak boleh memancing yang penting ada ikan dalam air tu kompom kami redah hahahaha banyak kenangan kami time zaman-zaman bintang 3 dulu.hahahaha

    korang nak tahu gambar di atas ni dimana lokasinya wakakakakkaa..asal ingat saja tempat ni kompom saya gelak sorang-sorang. banyak sejarah tempat ni hahahahaha. tempat tu adalah tasik merdeka batu pahat. kawasan tu tidak boleh memancing waktu malam. lagi pun kalau waktu siang tempat tu kena bayar kalau mahu memancing. tapi sudah nama bintang 3 kami redah sajalah memancing. sudahlah mahu pergi kawasan ni kena lalu pagar berlobang sempit pula tu hahahahahaha lepas tu kena redah semak. sudah nama kawasan dilarang memancing so perjalanan pun banyak dugaan hahahaha. dia kawasan ni ada 1 cerita yang sememangnya sampai mati pun saya akan ingat dan sejak kejadian tu saya sudah tidak pergi lagi kawasan tu hahahaha. time tu macam biasa kami curi-curi masuk tapi memang sudah luck tidak ada mahu buat macam mana. korang mahu tahu kami kena kejar dengan 3 kereta peronda polis wakakakaka time tu lah semua jadi bintang 3. macam komunis betul sudah siap bertiarap.hahahahahahaha banyak lagi cerita pasal tempat tu tapi saya sudah penat mahu taip hahahaha.


    Gambar di atas ni time kami redah pergi mersing wakakakaka. time ni kami gerak 5orang saja tampat di rancang. terima kasih kepada megu (syafiq) sebab bagi pinjam kereta untuk meneruskan perjuangan bintang 3.hahahahahaha

    Ni kedai pancing paling besar di Johor. time ni kami singgah sekejap beli barang-barang pancing sebelum berangkat ke mersing. trip ni langsung tidak dirancang sama sekali malam tu bercerita-cerita pasal mersing tiba-tiba tergerak hati nak ke mersing. so apa lagi sok pagi terus gerak ke mersing wakakakakaka




    2 comments:

    1. YM said...:

      peh bintang 3 siot. ni abang2 kawasan ni.heee.

    1. Forgot Myname said...:

      Lol..kawasan mancing ek..? hahahahaa

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...