Keli Kesayanganku
2011-02-23
YOooooOooo Dude..ramai orang bela kucing, anjing, ikan kelisa, tikus pemalas (hamster) dan macam-macam lagi sebagai binatang perliharaan mereka. tapi bagi saya pula saya lebih suka bela keli nakal sebagai binatang peliharaan saya. gambar di atas tu lah keli saya besarkan. keli dari hasil pancing. member saya (Apek Pancing) dapat ikan ni time memancing di tasik merdeka. malam tu (balik dari mancing) dia pergi umah saya bagi ikan ni. saya tengok ikan ni masih hidup so apa lagi saya bela lah ikan ni.
Ikan ni nakal sikit, suka lompat keluar dari bekas dia. kadang-kadang geram juga sebab balik-balik mahu angkat ikan ni letak balik kat tempat dia. pernah 1hari tu ikan ni hilang. cari punya cari rupanya dia masuk dalam lubang tandas. entah macam mana entah dia boleh sampai tandas huhuhuhu..nasih ikan ni besar kalau tidak entah-entah di loji sudah ikan ni hahahaha.
Hayat ikan ni tidak panjang sebab dia mati dalam keadaan terseksa. ceritanya macam ni. time tu saya pergi kelas member-member saya tidak pergi. tengah focus kacau orang dalam kelas masuk mesej dari member saya "key..ikan ko lompat2 dalam peti ais..mcm nk pecah peti ais 2" saya ingat dorang main-main. habis saja kelas saya pun balik rumah sekali betul ikan saya sudah jadi ais huhuhuhuhu. rupa-rupanya ikan saya telah di bunuh huhuhuhuhu. salah seorang pembunuh ikan tu budak yang pakai baju biru di dalam gambar tu.
0 comments:
Post a Comment