• Home
  • MyTube
  • JomPancing
  • KeyvansArt
  • Kelah vs Tengas

    2011-02-16
    Kelah dan Tengas



    Tengas

    Kelah


    Perbezaan Kelah dengan Tengas

    Yang di bulatkan tu ada lebihan isi yang menampakkan 3 ketul daging atau daging berlebihan.( kelah) dan disebelahnya adalahtengas..



    Kelah
    .bersisik rapat.
    .ada lebihan isi yang panjang di bibir
    .terdapat lebihan di cuping median
    .jika di terbalikkan cuba perhatikan garis di bawah bibir.. terdapat 3 garis
    .spisis kelah :kelah emas(golden) kelah merah, kelah bara, kelah biru, kelah hijau(kejor), kelah pasir(coklat)


    Nama Saintifik : Tor tambroides

    Diet : Omnivor. Kelah kecil gemar memakan buah-buahan hutan seperti buah ara, jambu air, neram dan perah. Juga menggemari pelbagai jenis serangga seperti belalang. Kelah besar biasanya memburu ikan-ikan kecil dan haiwan krustacea.

    Habitat : Menyukai air sungai yang deras dan bersih serta gemar bersembunyi di dalam lubuk-lubuk berair hitam yang dipenuhi batu-batu pejal dan daun-daun mati di dasarnya.

    Taburan : Terdapat dikebanyakan hulu-hulu sungai yang besar di pendalaman seperti Sg. Tembeling, Sg. Lebir, Sg. Terengganu, Sg. Tanum, Sg. Endau, Sg. Selangor, Sg. Muda dan Sg. Perak.


    Tengas.
    .sisik jarang.
    .jika diterbalikkan terdapat 2 garis di bawah bibir.
    .ada lebihan isi yang pendek di bibir
    spisis tengas:- tengas daun, tengas batu(coklat)


    Nama Saintifik : Acrossocheilus hexagonolepis

    Diet : Omnivor, buah-buahan hutan, serangga dan krustasea.

    Habitat : Menggemari anak-anak sungai pergunungan dan hulu sungai. Memerlukan air berkepekatan oksigen tinggi. Selalu bermain dalam jeram sungai berarus deras untuk mencari makanan.

    Taburan : Langkawi, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, P. Pinang, N. Sembilan, Terengganu dan Kelantan.



    0 comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...