Saya dan Facebook
2011-02-08
Hai pada pembaca blog ni hihihihi. Hari ini saya mahu ceritakan keburukan facebook pada manusia. kompom korang cakap saya poyokan hihihihi tapi tidak kesahlah apa pun korang nak cakap hihihihi. saya pun ada facebook juga tapi saya sudah delete pun. tapi yang sebenarnya facebook ni tidak boleh delete pun, semua data pasal kita masih dorang simpan lagi dalam database diorang. tapi kita still boleh keluar dari golongan facebook ni, tapi kenalah tahan hati hihihi. macam saya sekarang ni bila facebook sudah tiada "wa cakap lu boring doe" ihihihi. ok lah ini antara keburukan facebook kepada manusia ini yang saya alami sendiri tahu. mungkin korang ada pendapat korang sendiri tapi saya just mahu kongsi pengelaman.
1. Ketagihan. mungkin korang tidak rasa yang korang sudah ketagih dengan facebook ni. macam saya juga pertama saya tidak terfikir pun yang saya telah jadi penagih facebook hahaha. facebook ni dah macam dadah pada manusia hari ni. bangun tidur saja terus cari komputer untuk login facebook. ada yang mahu periksa mesej ada yang mahu periksa komen dan macam-macam lagilah. bayangkan sajalah ada yang makan depan komputer tidur depan komputer nasib sajalah belum ada yang kawen depan komputer.ahahahahaha jadi baik korang fikirkan betul ke tidak apa yang saya taip ni. kalau ada yang sependapat boleh kongsi-kongsi cerita kalau tidak sama pendapat abaikan saja cerita pasal ni hihihihi.
2. Jadi penipu & membuatkan sesuatu hubungan terjejas, tidak kira lah yang hangat bercinta ke hubungan kekeluargaan ke hubungan dengan sahabat ke dan yang sewaktu dengannya hihihi. yang menipu jangan kiralah memang banyak kaki kencing (penipu) dalam facebook ni. contohnya tipu dari segi umur nama pekerjaan gambar-gambar dan apa saja yang boleh dibuat dalam facebook ni. Contohnya dalam gambar punyalah lawa sekali bila bawa jumpa macam bukan dalam gambar dalam gambar punyalah slim putih sekali jumpa ambil kau itam gemuk berbeza dari gambar hahaha. Di situ kita sudah dapat tengok satu penipuan dalam dunia facebook. mungkin ada yang cakap tu tipu kecil saja tapi tipu tetap tipu dan dosa tetap dosa kan. lagi satu dia ni xda kerja tapi dalam facebook Pengarah Besar tu juga penipu namanya. biasanya kita tidak sedar kesalahan-kesalahan kecil macam ni kan.
Ni pula saya mahu ceritakan pasal facebook merosakkan hubungan sesama manusia. Sebab "wa dah kena beb" macam awek saya dia terbaca komen-komen saya dengan kawan-kawan saya adakah patut dia cakap saya ada skandel dengan kawan saya tu. Sampai dia tidak berapa layan saya. Hati saya pun panaslah tiba-tiba berubah macam saya sudah buat salah besar saja. Bila saya suruh dia jujur baru dia cakap. Hilang pula rasa panas saya dengan awek saya tu rasa panas sudah bertukar jadi benda lucu. ada lagi satu cerita pasal hubungan ni, tapi ni bukan kes saya ni kes member saya, biasalah gurau-gurau facebook orang cakap. dia mengadu dalam facebook "duk kL xda duit duk kampung ada duit" so member-member pun gatal tangan mahu pergi komen status dia. ayat tu pendek je kena bagi kat status dia "mcm mana nk ada duit kalau asik kuar ngan awek je." sekali mak member saya tu terbaca korang mahu tahu mak dia bagi RM50 je balik kL hahahahaha. Mati member saya mahu hidup kat kL ni. Dari 2 cerita pasal pengalaman hidup saya ni korang dah nampak facebook ni menimbulkan fitnah pada manusia sekarang kan2..
3. Facebook lebih penting dari segalanya. pada yang telah berkeluarga mengkin juga jadi macam gambar dibawah tu. masa-masa mahu tambah anak sempat lagi buka facebook. ada juga isteri-isteri yang lupa nak masak untuk keluarga dia. pada yang suami pula ada peluang tambah 1 lagi dan lupa pada kerja (alamat makan buburlah sampai si suami ada duit) hahahaha. Bila kawan-kawan ajak makan tidak mahu konun-konunnya tidak lapar padahal mahu chat dengan awek-awek or jantan-jantan dalam facebook hahahahaa.
4. Jadi Pemalas. Benda ni memang betul-betul terjadi dalam hidup saya semasa saya gila facebook dulu. gambar di bawah tu sebiji macam keadaan depan komputer saya dengan komputer kawan-kawan saya. biasalah tidak mahu lepas dari facebooklah katakan wakakakaka. bila sudah jadi macam tu macam-macam penyakit datang kan2. mungkin korang ada yang sama macam saya kan hihihihi.
ok lah sampai sini saja cerita yang saya ingin ceritakan. saya pun sudah penat menaip ni. yang lain korang fikir sendiri ok. banyak lagi benda-benda yang saya mahu ceritakan pasal facebook ni tapi saya sudah tidak mampu untuk menaip lagi. korang pun bosan juga baca panjang-panjang macam ni..wakakakaka ok lah jumpa lagi di hari yang lain. Byeeeee semua hihihi
0 comments:
Post a Comment