• Home
  • MyTube
  • JomPancing
  • KeyvansArt
  • Rock Kapak...?

    2011-02-11


    Helloooooooo dude. Hari ni saya dengar lagu rock kapak hahahaaaa. tiba-tiba saya terfikir rock kapak...? kenapa orang panggil rock kapak...? kapak pun nampak rock ke...? saya tanyalah member saya (si raja) apa tu rock kapak. sebab dia ni layan semua lagu-lagu rock kapak and banyak lagu-lagu rock kapak dia hafal. dia pun bagi tahulah rock kapak ni rock jiwang lagu semua pasal cinta-cinta tapi irama lagu ni keras. tapi jawapan dia belum cukup untuk puaskan hati saya. jadi kerja rumah (macam zaman sekolah pula pangggil kerja rumah hahahaha) saya malam ni cari maksud ROCK KAPAK hahahaha.


    ramai yang cakap revolusi rock kapak ini bermula pada tahun 70an. tapi ada pula cakap rock kapak ni rock 80an. tapi dari kajiselidik saya irama rock ni di bawa oleh band Sweet Charity yang di anggotai oleh papa rock malaysia (ramli sarip). tapi ada pula khabar angin, yang membawa revolusi rock ni adalah band Kingdom Of Rock. tapi kenapa ada perkata KAPAK. dalam dua band tu tidak ada langsung gambar kapak.


    Spike, leather, chains & jaket jeans menjadi trademark untuk rockers ketika itu. Jeans yang ketat, t-shirt yang tidak berlengan yang tertera lambang matahari terbit macam bendera jepun dulu-dulu (lambang band Loudness) kasut kulit tinggi, tidak kurang juga kasut sneakers hi-cut yang berjenama popular seperti Reebok, Nike, Aliph & Adidas menjadi pilihan mereka ketika itu. Rambut pula jangan cakaplah. mana ada rockers-rockers dulu berambut pendek hahahaha. saya rasa bapa saya pun rockers 80an juga kot (bila tengok gambar2 lama).


    Macam mana timbulnya perkataan 'Rock Kapak'.

    Rock kapak selalu buat orang selalu confuse dan kerap kali di misunderstood kan. Dulu perkataan ini tidak wujud langsung. saya pun tidak tahu macam mana timbul 'kapak' dalam perkataan rock tu. 'Kapak' tidak ada kena mengena langsung dengan rock ataupun rockers-rockers di luar sana. Kenapalah korang rosakan bahasa rock tanahair huhuhu. Yang sebenarnya 'Rock Kapak' itu bermula dari perkataan 'Rock kapa' tanpa huruf K di akhir perkataan itu, 'Rock kapa' adalah shortform dari gabungan perkataan "Rock kah atau apa?" (orang putih cakap: "You rock? or what?"). Dulu, kalau korang pergi tengok konsert rock, masa show mahu start, pasti vokalist kumpulan rock itu akan diri depan stage dan jerit kepada penonton.

    Google translate : Bahasa rock = english

    Bahasa rock = Amacam lu olang semua…Mau rock kapa

    English = how are you guys? you want to rock or what?

    Rockers-rockers zaman dulu selalu pendekan ayat-ayat dorang. Konun-konunnya bahasa rock zaman tu lah kot hahahaha. Cuba korang fikir kalau dulu dorang cakap macam ni “lu lelaki ka pa” kompom pada zaman ni ada gelaran untuk lelaki kapak hahahahahahahahaha kalau seorang cucu bertanya dengan atuknya “tuk tuk ni durian kapa” tak kan korang mahu baru durian kapak.wakakakaka

    P/S: So pada korang-korang di luar sana. Kalau korang belum jumpa jawapan yang pasti persoalan di fikiran korang janganlah main sedap saja buat teori-teori sendiri. Nanti teori-teori korang ni lah yang akan menimbulkan banyak persoalan di masa akan datang.

    1 comments:

    1. Unknown said...:

      Rock Kapak adalah dari perkataan "Car Park"..di mana di situlah tempat mereka menunggu giliran nak perform,make up, macam dressing room lah.. jadi bila bebudak Rock ni lepak kat Car Park maka di gelar Rock Car Park di melayukan jadi "ROCK KAPAK"..

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...